BB Plus, kolagen 3 dalam 1

May 08, 2015

product_52_1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Hari ni, saya nak memperkenalkan sebuah produk yang sangat-sangat hebat, bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan juga. iaitu

BB Plus Collagen


Sebelum saya menceritakan mengenai BB Plus collagen, elok jika saya terangkan lebih lanjut mengenai kolagen dan kepentingannya kepada kita.

KOLAGEN
Apabila menyebut tentang kolagen, kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan kecantikan, seri wajah, kulit licin dan sebagainya. Malah ada yang sanggup mengambil suntikan kolagen semata-mata untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, licin, berseri tanpa sebarang cacat cela.
Kolagen sebenarnya ialan protein utama untuk tisu-tisu sokongan dalam badan kita. sememangnya telah kita ketahui ada bermacam-macam protein di dalam badan seseorang manusia, namun 30% daripada protein tersebut ialah kolagen.
Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Contohnya kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Malah, kekurangan kolagen menjadi punca kepada sakit sendi (osteoarthritis) dan osteophorosis.
KESAN KOLAGEN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
bb-plus_beautifulpleasure3

Secara umumnya, kolagen terbentuk semenjak dari kita bayi lagi. Ia terbina dan berkembang mengikut peningkatan umur kita. Namun, apabila kita menginjak umur 25 tahun, proses pembinaan kolagen di dalam badan kita akan terhenti. Selepas itu, penghasilannya akan menurun 1.5% setiap tahun.
Bayangkan! apabila kita berumur 35 tahun, iaitu 10 tahun selepas proses penghasilan tersebut berhenti, kolagen semulajadi yang terhasil dalam badan kita, sudah berkurang sebanyak, 15%, iaitu separuh daripada kolagen yang ada di dalam badan kita.
Jadi, secaranya logiknya apabila kolagen di dalam badan kita sudah berkurang separuh dari asalnya, pelbagai penyakit yang berkaitan dengan saraf mula hadir. contohnya sakit lutut, mata kabur, kulit kendur, dan sebagainya.
KOLAGEN BERKURANG BERPUNCA DARI KESAN PENUAAN!
Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada kesan penuaan selain daripada peningkatan umur, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.
FAKTOR LUARAN
1.Kerosakan kulit akibat sinaran matahari (Sun damage)
2.Gaya hidup seperti merokok (Lifestyle such as smoking)
3.Penjagaan muka yang tidak betul (Inappropriate face care)
4.Kekurangan zat (Nutrition insufficiency)
FAKTOR DALAMAN
1.Metabolisma (Metabolism)
2.Perubahan hormon (hormonal changes)
3.Penyakit (Diseases)
4.Tekanan hidup (Stress)
Picture1
KOLAGEN IKAN
BB Plus ialah kolagen yang dihasilkan menggunakan kolagen ikan. KENAPA? ini kerana kolagen ikan sangat mirip dengan kolagen semulajadi yang ada di dalam badan manusia. Walaupun jika hendak dibandingkan dengan haiwan darat yang lain contohnya lembu, kambing ataupun khinzir, haiwan-haiwan ini mempunyai lebih banyak kolagen berbanding ikan, tetapi kolagen-kolagen yang terhasil daripada haiwan-haiwan ini mengandungi lemak yang sangat banyak. Malah molekul-molekul kolagen yang terdapat pada haiwan ini sangat kasar dan sukar di serap oleh badan manusia.
Ia juga kaya dengan asid amino prolin dan glisin.
Picture2
KOLAGE IKAN VS LAIN2
Picture3
Kolagen ikan tidak menyebabkan water retention atau dalam bahasanya, bengkak air. Ibaratkan sebuah belon yang kendur dan di isi dengan air akan mengelembung dan menjadi cantik, namun ia tidak memberi apa-apa kebaikan.
Sesetengah bahan juga boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk menghidapi kanser jika di ambil berterusan. Malah ada juga yang melumpuhkan sistem saraf muka untuk menegangkannya. jika tidak di ambil secara berterusan boleh menyebabkan kulit muka bertambah teruk.
KINI TAK PERLU SAKIT & TAK PERLU LAGI BERBELANJA LEBIH!
memperkenalkan BB Plus dengan 7 kebaikan:
1.Kulit wajah berseri dan cerah (Radiant & Brighter complexion)
2.Kulit lebih anjal dan tegang (Improves skin firmness and elasticity)
3.Kulit lebih halus dan gebu (Promotes smoothness and suppleness)
4.Kulit lebih lembab (Improves moisturisation level)
5.Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan (Reduces visibility of fine lines and wrinkles)
6.Kulit lebih cepat sembuh dan pulih (Promotes healing & repair)
7.Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari (Reduces effect from sun damage)
BAGAIMANA BB PLUS BERFUNGSI
BB Plus2
Seperti sebuah rumah usang, permulaannya mestilah di bersihkan dan di pulihkan dahulu bahagian-bahagian yang rosak.  Kemudian baru dibina dan ditambah papan atau batu bata baru. Akhirnya, selesai membina barulah kita cat dan perbaharui rumah tersebut.
Seperti juga kulit dan tisu badan kita, kolagen bertindak membersihan toksin, penggantian peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah. Kemudian, menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida. Akhirnya, menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan sel-sel kolagen baru.
Keberkesanannya dapat di lihat dalam tempoh 1.5 bulan hingga ke 3 bulan.
ADA 10 KEUNIKAN BB PLUS
1. Dos yang Efektif
Hanya 1 paket (5g) setiap hari
2. Kandungan peptida kolagen yang kaya dan tersedia
Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3k saiz Dalton) yang sedia diserap.
3. Selamat
Risiko terhadap pencemaran merkuri dan radiasi adalah sangat rendah. Bebas daripada bahan beracun
4. Perlindungan antioksida tambahan
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas
5. Anti Alahan dan Anti Radang
Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit
6. Ko-faktor tambahan
Vitamin C dan Roselle menguatkan rantaian kolagen
7. Meningkatkan Kualiti Kulit
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi
8. Manfaat Tambahan
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang membantu mengurangkan kesakitan akibat osteoarthritis.
9. Rasa Enak
Rasa enak campuran 100% jus blackcurrant dan jus roselle, tiada bau ikan
10. Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah, sesuai untuk para diabetes.

CARA PENGAMBILAN

Tujuankecantikan(For beauty):
Intensif: Satu sachet setiap hari untuk 3 bulan pertama. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Intensive: One sachet every day for 3 months. Best to be taken before meal or before bedtime.

Pemantauan: Satu sachet setiap 2 hari.
Follow up: One sachet every 2 days interval.

Tujuankesihatan(For health):
Satu sachet setiap hari sebelum makan ataupun sebelum tidur.
One sachet daily to be taken before meal or before bedtime

PERBANDINGAN BB PLUS DENGAN PRODUK-PRODUK KOLAGEN LAIN YANG BERADA DI PASARAN
Picture4

PERHATIAN!!

DIGALAKKAN kepada ibu-ibu di dalam pantang, kerana ia mempercepatkan proses menguatkan dan mencantikkan kedudukan rahim dalam badan. Malah proses mengembalikan protein utama kolagen dan zat-zat penting itu kesihatan ibu dalam pantang akan menjadi lebih mudah.
DILARANG pengambilan oleh orang yang mempunyai masalah buah pinggang.

You Might Also Like

0 comments