Premium Beautiful : BREAST LUMP

May 08, 2015

Walaupun Kebanyakan rakyat Malaysia sudah menyedari mengenai apa itu “Breast Lump” dan bahayanya, namun masih lagi terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu dan mengambil remeh tentang masalah ini.
Apa itu “Breast Lump”
“Breast Lump” ialah benjolan atau ketulan yang muncul di sekitar payudara.Ia merupakan gejala atau tanda untuk pelbagai jenis keadaan. lebih kurang 10% daripada ketulan ini akhirnya membawa kepada masalah yang lebih besar, iaitu, kanser payudara. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita-wanita yang di diagnosis dengan “Breast Lump” untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Jenis-jenis “Breast Lump” 
Cyst dan ketulan bernanah
“Breast Cyst” ialah kantung berisi cecair di dalam payudara dan bukan sejenis kanser. Umumnya kita akan berasa licin dan bergetah di kawasan yang ada muncul cyst. ia samada akan menyebabkan rasa sakit atau tidak sakit sama sekali. Cyst adalah disebabkan oleh hormon yang menjaga kitaran haid dan ia jarang berlaku pada wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas.
breast-cysts-1.jpg
“Sebaceous Cyst” ialah kantung tertutup atau cyst dibawah kulit yang disebabkan oleh saluran saluran di tapak folikel rambut. ia juga bukan sejenis kanser. Ransangan hormon atau kecederaan boleh menyebabkan mereka membesar, tetapi jika tiada gejala hadir, rawatan perubatan tidak diperlukan.
“Abscesses” kantung yang berisi jangkitan dan nanah di dalam payudara. ia juga bukan sejenis kanser. Ia boleh jadi sangat menyakitkan dan menyebabkan kulit di payudara menjadi merah dan berasa panas. adakalanya menyebabkan payudara berasa seperti pepejal. “Abscesses” adalah yang paling biasa berlaku di kalangan wanita yang menyusukan bayi.
breast-abscess-300x215


Ketumbuhan
“Adenomas” ialah ketumbuhan tidak normal tisu kelenjar dalam payudara. Ketumbuhan ini tidak menyebabkan kanser dan tidak berkaitan dengan kanser payudara. Fibroadenomas adalah jenis ketumbuhan adenomas yang paling biasa berlaku di kalangan wanita berumur 15 hingga 30 tahun dan juga kerap berlaku di kalangan wanita Afrika. Ketulan “Adenomas” biasanya berasa bulat, keras dan mempunyai keliling yang licin.
images
“Intraductal Papillomas” adalah ketumbuhan seperti ketuat di saluran payudara. Ketulan biasanya dirasai hanya di bawah puting dan boleh menyebabkan pendarahan di bahagian puting. Wanita hampir menopaus mungkin hanya mempunyai satu ketumbuhan, manakala wanita muda lebih cenderung untuk mempunyai beberapa ketumbuhan dalam satu atau kedua-dua payudara.
intraductal
Kanser payudara biasanya berasa seperti ketulan keras atau pejal yang secara amnya tidak teratur dalam bentuk dan mungkin seperti melekat pada kulit atau tisu di dalam payudara. Kanser payudara jarang menyakitkan dan boleh berlaku di mana sahaja di payudara atau puting.
Fatty Lump
“Fat Necrosis” adalah satu keadaan di mana sel-sel lemak normal payudara menjadi ketulan bulat. Gejala adalah termasuk sakit, keras, kemerahan, atau lebam. “Fat Necrosis” biasanya hilang tanpa rawatan tetapi boleh membentuk tisu parut kekal yang menunjukkan kesan tidak normal pada mamogram.
Lipoma adalah ketulan bukan kanser tisu lemak yang lembut bila disentuh, biasanya boleh berubah tempat, dan secara amnya tidak menyakitkan.
Diagnosis
 ”Breast Lump” sering di sedari semasa proses pemeriksaan rutin untuk payudara di klinik atau hospital, juga pemeriksaan sendiri yang boleh di lakukan di rumah. Apabila sedar tentang kewujudan benjolan atau ketulan pelik di bahagian payudara, para wanita di nasihatkan untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Dengan itu, mereka akan dapat mengenal pasti jenis-jenis ketulan dan samada ia berbahaya ataupun tidak.
Rawatan
Rawatan untuk “Breast Lump” adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. “Breast Cyst” dan “Abscesses” tahap biasa hanyalah perlu melalui proses pengecutan. Sebaliknya, “Sebaceous” dan “Fatty Lump” adalah di galakkan untuk di rawat dengan proses pembedahan.
Punca-Punca “Breast Lump”
  • Perubahan Hormon
  • Mastitis (radang payudara)
  • Trauma akibat kecederaan di payudara
  • Darah Beku
  • Parut bekas pembedahan
  • Lemak nikrosis
Perubahan hormon boleh berlaku :-
  • Di kalangan remaja
  • Semasa kitaran haid bulanan
  • Menopaus
  • Pengambilan pil perancang keluarga yang mengandungi versi tiruan hormon wanita
  • pengambilan HRT, iaitu rawatan untuk penukaran/penggantian hormon badan wanita , apabila badan seseorang wanita tidak lagi menghasilkannya akibat menopaus.
ingat

You Might Also Like

0 comments