Meriah warna warni Majlis Hari Raya Aidilfitri HBO team

August 02, 2015


1 Ogos 2015 , baru baru ini syukur Alhamdulillah kerana dapat mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri HBO team yang sangat meriah dan menggembirakan.


Berkat bulan syawal yang mulia , akak bersama sahabat2 seperjuangan CDM Adibah Karimah , CDM Sha Khalid , CDM Nur Faziha ,DDM Ain Latifi  dan lain lain dapat merealisasikan sebuah majlis hari terbuka aidilfitri bersama dengan rakan-rakan bisnes.

       

Sambutan hari raya aidiltri ini menjemput seluruh rakan rakan bisnes di Malaysia bagi mengukuhkan dan mengeratkan silaturrahim sesama kami.Alhamdulillah kehadiran rakan-rakan HBO team sangat memberangsangkan.

                

Rombongan warga HBO team terdiri daripada sebelah kedah , penang , perak , johor , negeri sembilan , melaka , kelantan, area lembah klang dan sebagainya






Semua hadirin hadir dengan mengenakan baju raya masing masing sekaligus mewarna warni suasana sambutan aidilfitri di sini.Majlis hari raya ini telah diadakan di sebuah restoran yang ala ala moden berlatar belakangkan pepohon bunga sakura iaitu Little Pantry , IOI Mall di Puchong.


Kemeriahan suasana hari raya dapat dirasakan dengan pelbagai aktiviti dilakukan di sana.Pengerusi majlis yang santai menggamitkan suasana dengan memulakan beberapa rangkap pantun.Kemudian disusuli dengan ucapan penganjur majlis ini iaitu CDM Adibah Karimah yang comel molek.Beliau melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua warga HBO team yang menjayakan  majlis ini dan sentiasa mewujudkan kasih sayang dikalangan kita semua.




Selain itu , sambutan raya ini turut dimeriahkan dengan alunan lagu raya dan juga pelbagai aneka makanan.Pertandingan Best Dress Award juga diadakan bagi mempamirkan pakaian terbaik di majlis ini.Masing-masing dikalangan warga HBO team tidak ketinggalan mengambil peluang mengambil gambar pose di pentas. 


                            
                                         


Satu kejutan dibuat iaitu majlis sambutan hari lahir bagi sahabat yang lahir pada bulan april hingga ogos.Nyanyian lagu hari jadi dan Allah selamatkan kamu dialunkan bagi meraikan mereka yang lahir pada bulan tersebut.Sungguh seronok dan gembira apabila dapat berkumpul bersama macam sebuah keluarga besar.

                     




Pada kemuncak majlis ini saat yang ditunggu-tunggi ialah cabutan bertuah.Cabutan bertuah ini dilaksanakan oleh para CDM untuk mencabut beberapa nombor bertuah.Hampir 50 hadiah bertuah disediakan bagi meraikan warga HBO team yang hadir.


Sebelum berakhir majlis , semua yang hadir turut terlepas untuk mengambil gambar beramai ramai sebagai kenangan memori majlis sambutan hari raya aidilfitri di Little Pantry ini.Akak dapat melihat wajah wajah berseri dikalangan warga HBO team .



Alhamdulillah majlis aidilfitri HBO team dapat dijayakan dengan sebaiknya.Semoga usaha baik ini dapat diteruskan lagi demi mengukuhkan silaturrahim dikalangan kami.Bertemakan bunga Sakura sudah pasti Next trip VViP Percuma lokasinya Osaka , jepun .Nantikan cerita best selanjutnya nanti.



You Might Also Like

0 comments