Sehari di A'famosa Water World

September 19, 2014


Kisah ke A'famosa Water World.

Assalammualaikum semua! Selasa lepas bersamaam Hari 1 Malaysia 16/09/2014 saya mengambil kesempatan berkunjung ke A'famosa Water World. Walaupun Suami saya orang Melaka, inilah julung kalinya saya singgah ke sini. Bukannya saya yang nak mandi sangat tapi anak-anak yang dah saya janji setiakan untuk bawa dia orang kalau ada kelapangan. Memandangkan jarak perjalanan dari rumah saya di Sg. Buloh tak berapa jauh mungkin dalam 100km ++ untuk ke sini maka saya pun pilih tempat ni.

Dari pandangan sepintas lalu tatkala balik kampung, memang nampak macam masuk je tol Simpang Empat boleh terus je ke Pintu utama, tapi sebenarnya ambil lebih kurang 12km dari tol.


Pintu masuknya bermula dari gerbang padang Golf. Kena ambil pas percuma untuk semua kenderaan ke situ. Agak jauh juga nak ke dalam tu. Lalu tepi-tepi rumah dan padang golf. Di situ juga kita boleh lihat kawasan penginapan yang boleh disewa.

Sebelum masuk entrance tu kena bayar parking dalam rm3. Kat entrance tu pun dah ada keseronokan sebelum beli tiket ke taman tema tu. Saya pun ambil peluang naik baggi.



Kena rm50. Budak kecil dengan dewasa sama harga tapi saiz kereta dan track tak sama. Yang best selaki main panah. 


Rm15 je untuk 15 anak panah. Boleh kongsi 3 orang. Puas juga. Mula-mula terasar, lama-lama masuk bulatan.


Saya first time test terus kena tepat-tepat kat tengah. Ni real tau bukan cucuk sendiri.


 Anak-anak biasalah, agak kurang bertenaga untuk tarik talinya. Maklumkah panah pro punya.


 Dengan bayaran rm5 kita boleh beli makanan untuk gajah. Kita beli tebu je he he. Jangan takut, gajah tu jinak belaka. Rasa macam lepas ambik tebu tu terus je dia telan. Tak nampak macam mengunyah pun. 

Lepas tu barulah pergi beli tiket. Untuk dewasa rm46 dan kanak-kanak rm36. Ini harga hujung minggu tapi siap lunch percuma. Hari biasa murah rm10. Ini harga untuk masuk water theme park sahaja. Untuk masuk Safari lebih kurang rm75 kalu tak silap. Katanya safari ni haiwan dilepaskan. Kita ronda dengan kenderaan taman ni. Disebabkan anak-anak nak mandi manda maka tak sempat lah nak ke safari.


Melangkah je ke dalam memang anak-anak dah happy. Ada kolam macam sunway tu. Siap ada ombak lagi. Bila siren bunyi je orang dah standby nak serfing. Bukan saja kolam utama tu yang ada ombak tapi laluan hanyut kat tepi tu pun ada ombak. Anak bongsu saya cakap best giler.

Kat dalam ni ada disediakan pondok  untuk disewa. Sesuai untuk keluarga besar. Siap power point lagi. Bolehlah ngecas hand phone. Kalau tak silap ada lebih kurang 18 atau
lebih pondok kat dalam ni. Ada yang bertutup langsir ada yang terbuka. 
Di sebabkan saya sampai lambat, tak sempatlah nak sewa pondok. Tak pulak nak tanya berapa harga sewanya sebab semua dah penuh.

Kerusi meja memang banyak di sini. Ada yang berpayung ada yang open air. Ada juga disediakan kawasan terkepung untuk buat hari keluarga. Kedai makan ringan pun banyak.



Anak saya asyik berendam dari mula masuk lagi. Lepas satu kolam ke satu kolam. Lepas satu ride ke satu ride. Ada yang kena pelampung yang kita sewa ada juga kena guna pelampung khas. Vuvuzela pun ada kat sini. Ride yang extrim pun ada. Makna kata berbaloi jugak dengan harga tiket. Dari budak kecik sampailah warga emas tak lepaskan peluang bermandi manda di sini. 

Sapa-sapa ada peluang dan ada masa, singgah lah ke sini. Jangan kesah pasal cuaca. Panas ke hujan ke, memang tak ada beza. Masing-masing memang dah basah. Yang menunggu memang ada kawasan berbumbung di merata tempat. Locker pun ada disediakan untuk yang nak simpan barang berharga.

Tempat ni tutup pukul 6pm dan safari pukul 5pm. Jangan lambat sampai kalau nak puas. 

Itulah ceritanya. Sekadar coretan untuk sapa-sapa yang mencari tempat untuk berseronok. Sekian saja untuk kali ini. Kalau ada salah silap sila tambahkan, sebab segala-galanya berdasarkan pandangan mata.



You Might Also Like

0 comments