Seronok menulis & membaca blog

September 17, 2014





Alhamdulillah  hari ini dah boleh masuk kepada entry kedua.Wow syukur sangat boleh menulis kat sini.Dulu asyik baca dan tengok blog blog orang lain.


Nak tahu tak ape rasa ? dalam hati asyik berkata macam mana la diorang ini boleh belajar blog , menulis yang panjang, pandai bercerita atau mereka ini pergi belajar kursus.


So bila saya tanya blogger blogger ini baru saya tahu bahawa mereka pun lalui sama apa yang saya buat sekarang.Menulis dalam blog memang perlu diasah.Tulis , tulis dan terus menulis.Lama lama akan terus jadi pandai.


Skill penulisan memang tidak dapat dinafikan perlu saya banyak membaca dari pelbagai sumber seperti surat khabar , web , majalah , buku dan blogger lain.



                                   
Paling saya suka surat khabar yang cukup power ayat berita iaitu Metro, memang kalau baca berita metro tengok tajuk berita sahaja dah tak sabar nak baca.

Jadi saya sekarang dah ada feel untuk terus menulis.InsyaAllah saya akan berkongsi banyak lagi cerita cerita menarik untuk next entry.


You Might Also Like

0 comments