MMG road to Swiss Paris German

December 09, 2018



Assalamualaikum semua..

Dah berapa lama tertangguh nak update blog. Almaklumlah kak Misah pun manusia biasa. Ada benda kita ingat, memang kita buat. Bila terlupa, lupa sungguh.

Okaylah, taknak cakap panjang. Entry kalini kak Misah nak cerita pengalaman kak Misah sepanjang 13 hingga 19 Ogos. Syukur ke hadrat Ilahi, bulan Ogos yang lepas, kak Misah dan suami berpeluang menjelajah Europe. Bukan 1 tempat, tapi 3 tempat, iaitu Swiss, Paris, dan German.

13 Ogos 2018

Kira-kira pukul 3 petang, kak Misah dan suami dihantar oleh anak dara kami ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Kami bukan berdua malah bukan bersama sebahagian MMG team kalini, tapi ditemani CDM Zakiah dan pasangan. Tak apa, yang tak berpeluang, kita teruskan FIGHT untuk next trip!


KLIA


Makan sat sebelum masuk kapal terbang



Kami bertolak dari KLIA ke Abu Dhabi International Airport selepas maghrib. Buat pertama kalinya kami merasa naik Etihad. Fully sponsored by SHOM. 


14 Ogos 2018

Selepas hampir 7 jam penerbangan, kami tiba di Abu Dhabi. Tapi kejap je.. transit la kiranya sebelum teruskan penerbangan ke Zurich. 

ABU DHABI INTERNATIONAL AIRPORT



Lepas sejam transit di Abu Dhabi, kami teruskan penerbangan ke Zurich, Switzerland.

Sesampai je ke Zurich, kami terus bersihkan diri. Yelah, seharian punya penerbangan memang tak sempat nak mandi. Lepas tu, kami naik bas dan bertolak ke Schaffhausen. 

RHINEFALLS



Sedikit info, dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat, Rhinefalls merupakan antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke hotel. Tapi sebelum ke hotel, kami di bawa round kejap ke salah sebuah perkampungan dalam kawasan German.

TITISEE









CUCKOO CLOCK





Sambung pula perjalanan pulang ke hotel di Swiss melalui Black Forest..

BLACK FOREST



15 Ogos 2018


Bermulalah part paling seronok.. Bukan sekadar indah khabar dari rupa. Apa yang selama ni hanya sekadar lihat di internet, kalini kak Misah dapat lihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah di Swiss. Subhanallah.. permandangan yang sangat cantik, aman, dan tenang. 

Kami naik cable car untuk ke Mount Titlis. Sepanjang perjalanan naik ke atas, pandang kiri nampak hijau, pandang kanan pun nampak hijau. 



Sampai je di atas Mount Titlis barulah nampak salji. Sebelum ni main salji di Korea, kalini main salji di Swiss pula.













You Might Also Like

0 comments