Rawatan alternatif sakit lutut

August 14, 2021


RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SAKIT LUTUT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Ketika ini umur saya sudah pun menghampiri 50 tahun. Jadi biasalah, ada di kalangan kita semua bila dah sampai kepada umur macam ni, mula lah sakit sana sakit sini terutamanya sakit lutut. Jadi di sini saya nak kongsi sikit pengalaman saya ketika menghadapi masaalah ini beberapa tahun yang lalu.






Pada tahun 2016 Alhamdulillah saya dijemput mengerjakan haji bersama pasangan. Ketika tu masih sihat, boleh berjalan jauh dan bertenaga serta dapat mengerjakan haji dengan sempurna. Syukur pada nikmat kesihatan yang Allah bagi. Ketika di sana selama 41 hari memang banyak sungguh aktiviti berjalan kerana kawasannya sangat luas umpama melebihi keluasan beberapa padang bola. 
Pada awal 2018 sedar-sedar kaki ni dah mula rasa sakit terutama di bahagian lutut dan pelipat. Ketika berdiri dalam solat tak terasa sangat cuma bila bersila ketika wirid tu memang terasa sakit yang amat sangat. Nak legakan sakit terpaksa lah lunjurkan kaki seperti dalam gambar di bawah . Terasa macam kurang sopan la pulak, tapi itu saja cara nak redakan sakit. Allahu akbar memang siksa , kalau dah duduk nak bangun kat pelipat kawasan lutut tu memang sakit sangat. 






Akibat dari masalah tersebut, saya disarankan oleh doktor untuk mengambil Glucosamine sulfat 

bagi merangsang penghasilan cecair synovial untuk fungsi sendi dan merangsang pembaikan

sendi. Kaedah ini ternyata masih kurang memberi kesan kepada saya tetapi tak menolak saranan 

tersebut kerana mungkin ada yang serasi dengan cara itu.


Selepas daripada itu, saya juga cuba bermacam-macam lagi produk termasuk beberapa jenis 

susu untuk tulang dan ubat-ubatan lain seperti yang disarankan oleh pakar perubatan dan 

kawan-kawan. Kesannya masih tak berapa menjadi. Sesekali rasa macam dah ok tapi lama-lama jadi balik. 







Pada tahun 2019 bulan 11, saya telah diperkenalkan dengan produk Therapants ( seluar terapi lutut dan kaki ). Pada sarungan pertama saja saya dah rasakan yang ini lah produk yang sangat sesuai dan serasi untuk saya. Mana tidaknya, kaki kita seumpama dipegang erat, diurut, dibelai dan dijaga keterampilan.  Selesa dalam apa juga aktiviti samada bersukan, riadah ( hiking, brisk walking ,cycling ) , ke office , solat, kerja rumah dan termasuk ketika tidur. 






Saya sangat bersyukur dan kembali yakin untuk beraktiviti yang memerlukan banyak

pergerakan kaki. Bersila boleh, berlutut boleh, berdiri lama boleh, duduk di kerusi lama-lama 

boleh dan bermacam-macam lagi termasuk hiking dan joging. 




Brisk walking di Rainbow Walkaway,  Elmina Central park


Hiking di air terjun Sofia Jane , Kemensah


Hiking di Hutan Bukit Gasing , Petaling Jaya

 






You Might Also Like

0 comments