Cantik, Sihat , Keyakinan
October 05, 2014
Cantik
,sihat , keyakinan
CANTIK ! CANTIK CANTIK ! Semua orang
suka cantik. Saya pun suka cantik .
Diri
kita adalah satu anugerah tuhan yang sangat bernilai dan mesti dijaga.Baik
lelaki mahupun wanita masing-masing mesti menjaga aspek kesihatan, kecantikan
,penampilan diri.Allah menjadi kita sebagai hambanya sebaik baik kejadian.
Ini
jelas mesej Allah nak menjelaskan kejadian manusia di atas muka bumi ini sangat
bertuah dan ianya bukan satu perkara yang sia sia.Sinonim kebanyakan orang kita
bila sebut kecantikan pasti wanita lah yang paling ketara.
Niat Cantik Kerana Allah
Perbetulkan
niat kita berhias dan cantik hanya semata mata kerana Allah.Ini juga merupakan
ibadah kepadaNya.
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah
sukakan kecantikan." (Hadis
riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).
Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias
dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya
yang bermaksud,
"Wahai anak-anak Adam, pakailah
pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau
mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang
berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah
Al-A'raaf, ayat 31)
Cantik
? Sihat ? Wanita je ke ? Baik lelaki mahupun wanita suka dengan kecantikan dan
berhias.Inilah sunnatullah bahawa Allah menjadi kita sebagai hambanya
berpasangan dan mempunyai naluri kepada
suka perkara positif dan baik.
Nak
jadi Cantik , sape yang tak suka ? Nak berhias , sape yang tak nak ? Tak pernah
kita mendoakan kepada diri kita mahukan perkara yang perkara negatif atau benda
yang tak baik.Hakikatnya kita suka perkara yang baik baik.
Begitulah
juga dalam islam juga menitikberatkan
dan memberi garis panduan bagaimana nak cantik dan berhias di mata Allah.Nilainya
sangat besar disisi Allah apabila kecantikan dan penampilan diri kita mendapat
keredhaan Allah sudah pasti ianya menjadi ibadah kepadaNya.
Bagaimana pula
cantik dimata manusia ? alam ? dan lain ? Ya , ianya juga penting dan ada garis panduan yang Islam berikan
untuk cantik dan berhias di mata manusia.Cantik berhias Memang tak dinafikan
yang manusia sukakan kecantikan dan tak salah untuk berhias. Malah Allah suruh
kita berhias, tapi... ramai yang alpa ayat blakangnya iaitu jangan berlebih
lebihan akan mendatangkan riak plak nanti. Bersederhana dalam segala segi
adalah yang terbaik.
Nantikan sambungan entry Cantik Di Mata
Manusia
0 comments