Modal Masa , Pengalaman Adalah Guru Terbaik

December 07, 2015


Salam mesra dari blog Hamisah Alias!

Lambang kematangan dan kejayaan kita boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana tempoh  kita berkecimpung dan kesetiaan kepada bisnes kita.1 tahun , 5 tahun, 10 tahun dan bahkan lebih dalam bisnes kita mampu menjadikan kita pakar dalam bisnes dijalankan.

Tempoh masa kita ambil itu menjadikan kita modal untuk kita mendalami bidang yang diceburi.Sudah pasti sepanjang tempoh kita jalankan bisnes pasti diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Dengan ilmu dan pengalaman yang kita perolehi itu menjadikan anda sebagai guru terbaik dalam membangunkan bisnes kita.

Marilah kita berazam dan gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik supaya pencapaian kecemerlangan dan keunggulan prestasi anda kian melonjak tinggi.Tahun demi tahun makin berlalu , pantasnya masa berlalu menyedarkan kita bahawa masa tidak menunggu sesiap.


Oleh itu , marilah kita  isikan masa sebaik-baiknya kerana masa yang terbazir adalah suatu kerugian  yang tidak mungkin dapat ditebus kembali.Masa menyediakan ruang dan peluang untuk kita mengisinya dengan pelbagai aktiviti yang memberikan makna bagi sebuah kehidupan.Jadi, kita perlu bijak menggunakan masa agar kehidupan kita sejahtera dan berwarna-warni selain dapat memberikan manfaat terbanyak kepada semua serta menjadi insan yang lebih baik seiring dengan peredaran masa.


Marilah kita meresap semangat dan keazaman yang tinggi untuk menjadikan kita usahawan hebat di persada negara dan antarabangsa.Setiap kisah yang terjadi  pada hari ini melakarkan sejarah dan pengalaman iaitu guru terbaik yang mengajar , mematang dan mendewasakan kita.

Belajarlah dari pengalaman dan jangan mudah berputus asa.Ingatlah bahawa orang  yang berjaya  bukanlah orang yang tidak menghadapi  dugaan tetapi mereka tidak mengaku kalah  ketika dihujani rintangan.Sebagaimana yang diketahui umum, kejayaan dan kecemerlangan bukan sesuatau yang mudah ataupun datang secara kebetulan.Tiada magis  diperlukan sebagai ramuan utama untuk berjaya.Sesungguhnya kejayaan dimulai dengan impian dan keazaman  serta disusuli dengan kegigihan  dan kecekalan selain memanfaat dan menggunapakai teknologi terkini.


Menyentuh tentang kejayaan, kita mahukan sebuah kejayaan yang seimbang dan berkekalan dengan membina sebuah tamadun yang tinggi dari segi ekonomi dan peradaban.Kejayaan yang seimbang  memberikan manfaat kepada masyarakat terbanyak tanpa mengikis nilai kemanusiaan dan memudaratkan alam sekitar.Nilai murni perlu diamalkan dan ikatan kekeluargaan perlu diperkukuh dalam usaha bersepadu membina sebuah kehidupan yang bahagia dan harmoni.Dengan tamadun yang hebat , barulah kita boleh menjadi sebuuah negara bangsa yang unggul dan dihormati sepanjang zaman.

You Might Also Like

0 comments